ViewSonic ViewPad 7


ViewSonic ViewPad 7 adalah peranti tablet komunikasi bersaiz 7 inci dengan fungsi-fungsi seperti telefon bimbit, komputer dan keupayaan permainan di mana keperluan kerja, gaya hidup dan hiburan bergabung. ViewPad 7 dikuasai Google Android 2.2 di mana anda boleh mancapai hingga 100,000+ aplikasi untuk digunakan bersama ViewPad 7. Pengguna ViewPad 7 boleh mencapai perkhidmatan seperti Android Market, Google Maps, Voice Search, Gmail Youtube, termasuk fungsi panggilan 3G video, navigasi GPS, pembesar suara, hiburan AV dan Documents-to-Go. ViewPad 7 berkeupayaan 3.5G HSDPA/HSUPA untuk memudahkan capaian web dan memeriksa e-mel.

ViewPad 7 mempunyai dua webcam dan perisian komunikasi dengan perisian VOIP. Kamera peranti ini berkeupayaan 3.0 MP untuk merakam imej berkualiti tinggi. ViewPad 7 menerusi Google Maps dengan GPS/AGPS tersedia, membantu anda mencapai destinasi anda dan tempat-tempat yang menarik. ViewPad 7 menyokong kad microSD sehingga maksimum 32GB. ViewSonic ViewPad 7 berharga RM 1,799.00.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda berbincang di sini. Kiriman komentar anda dialu-alukan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...