HP Photosmart Plus B210a e-AiO


Fungsi pencetak pintar ini adalah cetak, imbas, salin dan web. HP Photosmart Plus B210a e-AiO didatangkan dengan skrin 3.5-inci. HP TouchSmart untuk paparan menu dan imej yang hendak dicetak. Fungsi HP Print Photo untuk telefon pintar yang menggunakan Android, Symbian, Windows Mobile, iPad, iPhone dan iPod Touch bagi memudahkan cetakan tanpa wayar secara WiFi. Ia boleh menyokong MultimediaCard pada slot kad pada pencetak.

Cetakan warna adalah sehingga 4800 x 1200 dpi dan hitam hingga 600 x 600 dpi. Cetakan bulanan adalah hingga 2,500 halaman dengan kelajuan cetakan hitam hingga 8.4 laman/minit (ppm) dan cetakan warna hingga 7.5 ppm. Imbasan optikal adalah sehingga 1200 dpi (24 bit) dengan kelajuan 32 cpm untuk imbasan hitam dan 30 cpm untuk imbasan warna. Cetakan warna foto saiz 4 x 6 inci mengambil masa kira-kira 16 saat. Dulang media pencetak ini boleh menampung kertas saiz A4 hingga B7 manakala dulu foto pula dari A6 hingga B7. Harga: RM499.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda berbincang di sini. Kiriman komentar anda dialu-alukan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...