Logitech S715i


Sebagai peminat muzik, tentu anda mahukan bunyi terbaik ke mana pun anda pergi. Itulah yang ditawarkan oleh Logitech menerusi speker boleh cas terbaharunya. S715i ini merupakan speker mudah alih bagi pemain iPod dan iPhone serta dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 8 jam sekali cas.

Terdapat lapan pemacu khas untuk mengasingkan frekuensi bunyi agar anda dapat menikmati bunyi yang lebih diperkaya, jlas dan bass berkuasa. S715i turut dikawal oleh alat kawalan jauh yang menambahkan ciri berguna wayarles dengan jarak capaian 10 meter.

Spesifikasi:
Pemacu Neodymium Tala Lazer 3"/ 2x 1/ 2inch Tweeter Neodymium/ 4 x 2" Radiator Pasif. Bateri NiMH Boleh Cas/ 8 Jam. Alat Kawalan Jauh/ 10m. Dok Tanpa Dulang/ iPod/ iPhone/ Penyambung Dok Universal. Input Aux/ 3.5mm. Bekas Simpanan. Saiz 387x 133x 60mm/ 677g. Harga RM599.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda berbincang di sini. Kiriman komentar anda dialu-alukan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...