iPad New 3 WiFi 4G


iPad New 3
iPad New 3 menampilkan pemproses dwi-teras Cortex A9X 1GHz yang juga dipasang dengan chipset yang dikenali sebagai A5X. Chipset ini menjanakan kuasa grafik empat teras. Skrin 9.7 inci yang digunakan sama seperti model terdahulu tetapi membawakan sokongan paparan Retina, yang menaikkan resolusi pixel mereka sebanyak 2048 x 1536.

Kapasiti memori RAM juga ditambah menjadi 1GB. Dengan pemproses yang lebih laju, iPad New 3 ini masih mampu beroperasi pada tempoh yang sama dengan model terdahulu cuma ketebalan bateri ditambah sedikit tetapi tidak signifikan.

Untuk teknologi pengimejan iPad New 3, Apple memuatkan kamera iSight, dengan sensor sebesar 5-Megapiksel dan sokongan memfokus secara automatik. Juga terdapat peredam gegaran (stabilization) untuk membantu pengguna menangkap gambar dan merakam video tanpa gegaran. Video yang dirakam pula mempunyai standard 1080p dan dirakam pada kelajuan 30FPS.

Walaupun baterinya sedikit tebal dan menyumbang kepada penambahan berat, ianya bukan satu perbezaan yang signifikan.

Retina Display: Besarkah bezanya dengan iPad terdahulu?

Perbezaanya amat ketara pada iPad New 3 dengan paparan Retina Display. Tulisan lebih tajam dan tidak mempunyai sebarang pixel yang boleh dilihat. Ini adalah kerana Apple telah memadatkan skrin mereka sebanyak 264PPI (Pixel Per Inch), iaitu dua kali ganda dari model sebelum ini. Sekiranya anda mempunyai iPhone 4/4S, kualiti paparan ini adalah setara dengan paparan peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, dengan fungsi paparan Retina Display pada iPad New 3 ini memaksa para pembangun aplikasi dan penerbitan khusus untuk iPad untuk menaikkan saiz fail mereka. Sekiranya mereka tidak menaikkan kapasiti imej mereka (dari segi PPI), imej mereka kurang menyerlah dan kemungkinan terdapat kekaburan pada imej mereka.

Kamera iSight 5 MegaPixel: Adakah ia bagus seperti yang dikatakan ?

Memang tidak dinafikan, kamera iPad New 3 adalah lebih berkuasa dari iPad 2. Mampu merakam pada resolusi 1080p dan 30FPS termasuk dengan fungsi peredam gegaran, kamera ini merupakan kemaskini yang ditunggu. Apa yang dikesalkan adalah mengapa Apple tidak memasukkan kamera sebegini pada iPad 2 yang akan menambah nilai pada model tersebut?

Keupayaan rakaman video 1080p telah dipertunjukkan oleh kami pada berita Google Zeitgeist minggu lepas. Walaubagaimanapun, seperti beberapa peranti yang lain, ia turut mengandungi sedikit “noise” padanya. Kamera iSight ini nampaknya mampu merakam gambar dan video dalam suasana yang kurang pencahayaan.

Selain dari fungsi yang telah dinyatakan, kamera iPad New 3 ini juga mampu merakam gambar HDR (High Dynamic Range) dan disertakan dengan pengesan muka. Oleh kerana iPad adalah peranti Apple, anda tidak boleh menukar setting rakaman dan pendedahan cahaya. Saya cuba untuk menukar dari 1080p kepada 720p tetapi tiada pilihan tersebutt.

iPad New 3 Cepat Panas?

Berbanding dengan peranti mudah-alih keluaran Apple yang lain, iPad New 3 ini sememangnya hangat walau tika melayari internet dan melakukan kerja kerja biasa. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh cip yang lebih laju dan paparan yang sangat padat. Walaubagaimanapun, tidak diketahui sama ada adakah ianya boleh diselesaikan dengan kemaskini iOS ataupun tidak.

Ulasan Ringkas

Pro
  • Retina Display membawa pengalaman baru dalam paparan tablet dari Apple.
  • Kamera yang agak berkebolehan baik untuk video dan gambar kecuali untuk keadaan yang agak gelap.
  • Berfungsi lebih pantas dari model terdahulu.

Kontra
  • Banyak aplikasi masih tidak menggunakan Retina Display.
  • Disebabkan Retina Display, saiz fail bertambah dan kapasiti 16GB senang dipenuhi didalam masa singkat.
  • Kamera tanpa kawalan untuk mengubah resolusi 1080p ketika rakaman.
  • Lebih berat dan sedikit tebal walaupun kedua-duanya tidak dapat dirasakan secara kasarnya.
  • Cepat menjadi panas (hangat) walaupun digunakan hanya untuk seketika.
Kesimpulan

iPad 2 pun boleh dibeli tetapi kameranya mempunyai resolusi yang rendah dan tidak berbaloi. Sekiranya anda ingin merakam banyak gambar dan video, maka iPad New 3 edisi 32 GB lebih sesuai buat anda.

p/s http://amanz.my

Eee Pad MeMo 171


Eee Pad MeMo 171

BAGI pengguna yang berhadapan dengan masalah bajet untuk membeli sama ada komputer tablet atau telefon pintar, peranti terbaru model Eee Pad MeMO 171 daripada Asus mungkin pilihan

Ini kerana, peranti sempurna dua dalam satu itu hadir serentak bersama gajet MeMO Tablet dan set MeMIC Bluetooth sesuai untuk melengkapkan gaya hidup moden pengguna hari ini.

MeMO Tablet disempurnakan bersama fungsi media dan hiburan lengkap bagi memudahkan urusan pengguna.

Panel skrin tujuh incinya mampu memberi respons berkesan sama ada melalui kawalan sentuhan jari mahu pun stylus digital untuk sokongan operasi menulis, melukis dan mengedit foto.

Untuk fungsi pengimejan pula, ia dilengkapi keupayaan rakaman video 1080p HD dengan teknologi audio Utmost SRS Sound Experience dan 3D Stereo.

Operasi MeMO Tablet juga lancar menerusi sistem operasi Android 3.2 Honeycomb yang boleh dinaik taraf kepada 4.0 Ice Cream Sandwich.

Sementara bagi set Bluetooth MeMI, pengguna boleh mengintegrasikan ia bersama MeMO Tablet untuk menyokong aktiviti seperti membuat panggilan telefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendengar muzik.

Dengan segala kelebihan itu, Asus Eee Pad MeMO 171 kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,599.

 

Canon: Image FORMULA P-215


Bagi yang aktif dalam industri penjagaan kesihatan dan kewangan, pastinya akan teruja dengan pengimbas mudah alih Canon P-215 ini. Ia menawarkan kemudahan imbasan kad, fungsi pemprosesan dokumen yang bijak serta keupayaan berkembang dengan teknologi awan (cloud). Serasi OS Windows dan Mac, pengimbas ini juga amat sesuai untuk individu yang bekerja dalam persekitaran OS hibrid.

Pengguna dapat mengimbas secara langsung kepada pelbagai aplikasi pengurusan dokumen di awan dalam format fail berbeza seperti JPEG, TIFF, PDF (PDF / A) dan PPTX. Antara lain kebolehannya adalam kelajuan one-pass-duplex 15 muka surat seminit (ppm)/30 imej setiap minit (IPM) dengan perantara 20 dokumen secara automatik. Ia juga menghasilkan dokumen yang berkualiti tinggi dengan resolusi 600 dpi dalam hitam dan putih, skala kelabu dan warna penuh.

AXIS Q1922-E


AXIS Q1922-E berkadaran IP66 khas untuk digunakan di kawasan luar bangunan. Ia memiliki empat alternatif kanta dengan resolusi 640x480 VGA dan pemproses imeg canggih bertujuan meningkatkan lagi pengawasan perimeter yang meluas. Lingkungan sistem keselamatannya juga fleksibel untuk lapangan pandangan meliputi 300 meter (328 ela) sehingga 1800 meter (1970 ela) maksimum bergantung kepada pilihan kanta.

Di samping itu, kamera ini juga menyokong ciri-ciri utama pengawasan IP seperti format H.264 dengan Motion JPEG, audio dua hala serta penyimpanan kendiri. Video Pintar merupakan komponen penting bagi mana-mana kamera terma dan AXIS Q1922-E tidak mengecewakan dengan turut menawarkan penggera penggodaman, pengesanan gerakan serta sokongan untuk aplikasi kamera platform AXIS.

Blackberry Porsche P'9981



Blackberry Porsche Design P'9981 diperkukuhkan di atas platform pemproses 1.2 GHz, rakaman video HD, grafik resolusi tinggi 24-bit serta sensor canggih yang memberikan sokongan kuat kepada aplikasi realiti baru.

Kadar kapasiti simpnan menerusi memori 8GB tersedianya boleh diluaskan sehingga 40GB dengan penambahan kad mikro SD.

Sistem Operasi (OS) untuk telefon pintar ini sudah semestinya Blackberry 7 yang mendatangkan kepuasan dalam melayari web secara lebih pantas dan antara yang terbaik dalam industri hari ini. P'9981 turut dilengkapi dengan teknologi Grafik Liquid, untuk pengalaman sentuhan yang sangat responsif dan grafik lancar.

Ultrasone PR0 2900


Ultrasone PRO 2900s berbangga dengan reka bentuk hitam klasik. Pad telinga hitam diselaputi baldu dan potongan berlian berlogo insignia pada tempat telinga. PRO 2900 dilengkapi dengan ciri-ciri lapisan titanium 40mm, menggunakan perlindungan MU-Metal (ULE teknologi) bagi mengurangkan jumlah radiasi ditujukan kepada pendengar sehingga 98 peratus dan teknologi dipatenkan S-Logica Plus bagi mengurangkan tekanan bunyi pada gegendang telinga dan memberikan persepsi gaya suara yang lebih baik.

Ini memberi kelebihan memakai fon kepala Ultrasone berjam-jam. Ianya tanpa mengalami kecederaan telinga.

LG D2000


LG Electronics membawakan teknologi terbaru di dalam dunia 3D dengan mengumumkan LG D2000 yang menggunakan teknologi penjejakan mata bagi mengekalkan imej 3D optimum dari pelbagai sudut. Penjejakan mata ini dikesan melalui sensor kamera khas yang dipasangkan pada monitor di mana ia mengesan perubahan kedudukan mata pengguna dalam masa yang nyata.

Dengan maklumat ini, monitor mengira sudut dan kedudukan penonton lalu menyesuaikan imej yang dipaparkan untuk kesan 3D yang optimum.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...