Canon: Image FORMULA P-215


Bagi yang aktif dalam industri penjagaan kesihatan dan kewangan, pastinya akan teruja dengan pengimbas mudah alih Canon P-215 ini. Ia menawarkan kemudahan imbasan kad, fungsi pemprosesan dokumen yang bijak serta keupayaan berkembang dengan teknologi awan (cloud). Serasi OS Windows dan Mac, pengimbas ini juga amat sesuai untuk individu yang bekerja dalam persekitaran OS hibrid.

Pengguna dapat mengimbas secara langsung kepada pelbagai aplikasi pengurusan dokumen di awan dalam format fail berbeza seperti JPEG, TIFF, PDF (PDF / A) dan PPTX. Antara lain kebolehannya adalam kelajuan one-pass-duplex 15 muka surat seminit (ppm)/30 imej setiap minit (IPM) dengan perantara 20 dokumen secara automatik. Ia juga menghasilkan dokumen yang berkualiti tinggi dengan resolusi 600 dpi dalam hitam dan putih, skala kelabu dan warna penuh.

AXIS Q1922-E


AXIS Q1922-E berkadaran IP66 khas untuk digunakan di kawasan luar bangunan. Ia memiliki empat alternatif kanta dengan resolusi 640x480 VGA dan pemproses imeg canggih bertujuan meningkatkan lagi pengawasan perimeter yang meluas. Lingkungan sistem keselamatannya juga fleksibel untuk lapangan pandangan meliputi 300 meter (328 ela) sehingga 1800 meter (1970 ela) maksimum bergantung kepada pilihan kanta.

Di samping itu, kamera ini juga menyokong ciri-ciri utama pengawasan IP seperti format H.264 dengan Motion JPEG, audio dua hala serta penyimpanan kendiri. Video Pintar merupakan komponen penting bagi mana-mana kamera terma dan AXIS Q1922-E tidak mengecewakan dengan turut menawarkan penggera penggodaman, pengesanan gerakan serta sokongan untuk aplikasi kamera platform AXIS.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...