Samsung STAR S5233


Samsung memperkenalkan telefon bimbit skrin sentuh sepenuhnya di Malaysia iaitu Star S5233. Ia dikatakan ideal untuk pengguna yang sering bekerja dengan data, teks, gemar bermain permainan mobil dan ingin melayari Internet secara mudah alih. S5233 dilengkapi antaramuka TouchWiz dan Mobile Widget untuk pengalaman lebih menarik, di samping kamera 3.2 megapiksel dengan sokongan rakaman video.

Ciri komuniti pula membenarkan pengguna muat naik gambar ke Facebook, Picassa, Friendster dan MySpace. Anda boleh menaip dengan mudah menerusi papan kekunci QWERTY virtual serta sokongan storan sehingga 8GB.

Spesifikasi:
EDGE/GPRS Quad Band 850/900/1800/1900MHz.Skrin LCD 3"/262k WQVGA. Kamera 3.2MP CMOS/ Rakaman senyuman/ Panorama/ Auto. Video H.263/ H.264/MPEG4/ Rakaman Video QVGA 15fps. Radio FM/ Antaramuka TouchWiz v1.0/ Widget Mobil/ Pembaca RSS/ Pemapar Dokumen/ Papan Kekunci QWERTY/ Sensor Accelerometer/ Browzer Internet Penuh. Bluetooth v2.1/ USB 2. OFS/ Stilus. Memori 50MB/microSD. Bateri 1000mAh/ Berbual 10 Jam/ Sedia 800 Jam. 104x53x11.9/ 92g.

Kingston HyperX MAX 3.0


Pemacu luaran Kingston HyperX MAX 3.0 disokong dengan USB 3.0 yang 10 kali lebih laju daripada USB 2.0. HyperX MAX 3.0 mempunyai kelajuan membaca 195MB/saat, dan kelajuan menulis 160MB/saat. Peranti ini masih boleh disambungkan kepada USB 2.0 di mana lampu LED pada peranti akan berwarna hijau jika bersambung kepada USB 2.0 dan wana biru kepada USB 3.0

HyperX MAX 3.0 sesuai untuk pengguna yang mahukan perpindahan fail besar yang cepat seperti video HD, imej RAW dan dokumen yang besar. Keupayaan peranti ini adalah USB-IF SuperSpeed-Certified dan tahan gegaran kerana pengguna komponen Flash. Ia mempunyai kekisi aluminium yang tipis dan tahan lasak. HyperX MAX 3.0 terdapat dalam kapisiti 64GB, 128GB dan 256GB.

Synology DiskStation DS211j NAS Server


Synology DiskStation DS211j NAS adalah pelayan NAS 2-ruang untuk perkongsian data dan simpanan untuk pejabat kecil. Bersama dengan Synology Remote terkini, kawalan audio bebas arahan dan aplikasi audio DS telefon pintar di mana DS211j adalah pusat hiburan yang ideal dan berpatutan untuk pengguna di rumah. Disertakan dengan perisian DiskStation Manager 3.0 (DSM 3.0) yang memberikan antaramuka berguna untuk pengguna Synology DS211j. Synology DS211j dikuasai ole CPU 1.2GHz, 128MB RAM, sebuah port Gigabit LAN dan 3 port USB.

Fungsi audio pada DS211j adalah aliran ke internet, aliran ke radio internet, sambungan iPod dan isyarat RF untuk sebaran audio secara tanpa wayar. Pengguna juga boleh menetapkan bebutang khas untuk kegunaan tertentu pada peranti selain dari simpnan data secara satu bebutang. Synology Remote juga mempunyai 3 output audio iaitu jek audio 3.5 mm, USB dan optikal S/PDIF. Fungsi Download Station pada DS211j membolehkan anda memuat turun tanpa PC selama 24 jam dengan sokongan BitTorrent, FTP, HTTP, eMute dan NZB. Fungsi Synology Hybrid RAID pula akan melindungi data dengan salinan data dan pembesaran kapasiti storan. Harga RM850.

Lenovo B320 Idea Center


B320 Idea Center membolehkan pengguna bertukar-tukar mod antara komputer dan televisyen, bahkan pengguna boleh menikmati kedua-duanya dalam masa yang sama dengan fungsi gambar dalam gambar. Dilengkapi dengan pembesar suara stereo bersepadu, ia menyediakan pengguna dengan pengalaman hiburan berkualiti.

Ia datang dengan sistem kamera web 'High-Sense' seperti perisian YouCam membolehkan pengguna dilihat lebih jelas ketika perbualan video. B230 Idea Center adalah platform yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Harga RM 2,399

Sony Ericsson PLAY


PLAY adalah gabungan telefon pintar Xperia dan PlayStation yang menyokong rangkaian 2G, 3G dan HSDPA serta WiFi. Dimensi telefon adalah 119 x 62 x 16 mm dengan berat 175 g. Dilengkapi skrin sesentuh LCD, 16 juta warna bersaiz 4.0 inci dengan resolusi 480 x 854 pixels.

Ia menyediakan kawalan permainan sensitif sentuhan, bebutang permainan PSP, pengesan untuk UI pusingan auto dan input multisesentuh. Masa bersedia hingga 425 jam dan masa berbual adalah hingga 8 jam 25 minit.

Panasonic LUMIX DMC-G3


Panasonic LUMIX DMC-G3 adalah dengan 16 MP yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi dan video HD 1920 x 1080 dpi dengan bunyi stereo AVCHD. LUMIX G3 dilengkapi LCD 3 inci boleh pusing dengan menu kawalan sesentuh, namum begitu ia masih ada dail mod seperti pada kamera DSLR untuk capaian mod seperti Program, Shutter, Aperture Priority, Manual, Custom Modes, Scene Modes dan Creative Control Mode.

LUMIX G3 ini juga mempunyai AF Tracking dan tambahan kepada itu terdapat 23 kawasan auto fokus dengan ciri Pinpoint AF di samping pantas ketika merakam imej dengan sistem baru Precision Contrast LighSpeed AF. LUMIX G3 menggunakan sistem Micro Four Thirds (MFT) yang menawarkan lebih saiz dan kurang berat tanpa mengurangkan prestasi. Harga: RM 2499.00

Linksys E4200


Penghala wayarles dwi-jalur ini mempunyai prestasi maksimum hingga 300 Mbps (2.4Hz) dan hingga 450 Mbps (5.0Ghz) dengan empat port 10/100/100 gigabit. Ia mempunyai konfigurasi aliran MIMO 3X3 dalaman pada 5.0 Ghz sesuai untuk aliran video HD, permainan dan bunyi dalam dan luaran. Ia boleh meningkatkan kelajuan maksimum pada jarak lebih jauh dengan bantuan 6 antena.

Ia disertakan dengan keselamatan WPA dan WAP2 dan firewall Stateful Packet Inspection (SPI). Ia juga bakal menyokong IPv6 untuk kemudahan pemasangan dan perkakasan pengurusan rangkain. Harga: RM 629.00

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...