Samsung ST700 DualView


ST700 DualView kamera digital kompak dengan teknologi dwi skrin bagi memudahkan pengguna merakam gambar sendiri. Kamera ini juga menghasilkan kualiti imej yang tinggi dengan pelbagai ciri menarik dan penggunaan yang mudah.

ST700 merupakan skrin LCD 1.8 inci di depan dan skrin LCD sesentuh 3.0 inci dengan Smart Access UI di belakang kamera untuk paparan imej yang tajam. Kamera ini mempunyai 16.1 Megapixel (MP) dan lensa 26mm 5x zum optik untuk merakam suasana bersejarah yang sempurna untuk anda. ST700 menggabungkan ciri rakaman video kompak HD dengan ciri menarik seperti Smart Filter 2.0, yang membenarkan anda membuatkan imej anda lebih menarik.

Juniper Networks® T4000 Core Router


Juniper Networks® T4000 Core Router, dikuasai oleh sistem operasi Junos®, memenuhi kehendak lebar jalur yang meningkat dengan skala dan fleksibiliti. Pada 240 Gbps/slot. T4000 adalah router IP / MPLS paling pantas dan paling besar.

T4000 mampu menyokong trafik internet dan kaya multimedia yang makin meningkat. Ia mempunyai bentuk pelbagai guna untuk menampung sebarang bentuk rangkaian. Ia direka untuk kecekapan kuasa optimum iaitu 2.7 watts per Gigabit dan ia 3 kali lebih cekap dari model terdahulu. T4000 boleh menyokong sebarang antaramuka, dan mampu menawarkan keupayaan 10/40/100GE di mana ia mempunyai 12x10GE, 1x100GE dengan CFP dan 2x40GE dengan CFP.

A4Tech HS-19


Set kepala stereo HS-19 dari A4Tech dengan unit pemacu prestasi tinggi 40mm. Kabel stereo ketahanan tinggi dengan rekabentuk unit. Kawalan bunyi di set kepala. Microfon fleksibel dan merakam bunyi daripada sebarang arah dengan kejelasan luar biasa. Set kepala yang ringan, mudah dilaras, ergonomik dan kusyen telinga yang selesa. Harga - RM45.

Kodak Easyshare Sport


Bawa masuk ke dalam kolam atau ke pantai, kamera digital kalis air Kodak pertama boleh pergi hingga ke dalaman 10 kaki, di mana ia juga tahan kotoran, habuk dan pasir. Kamera EASYSHARE SPORT adalah kamera 12 MP dengan LCD 2.4 inci, ciri Kodak Smart Capture, pelbagai mod permandangan dan warna untuk merakam gambar dan video yang baik. Kamera EASYSHARE SPORT didatangkan dalam warna putih, kelabu, merah, kuning dan biru.

Penyelesaian lengkap untuk memindahkan, berkongsi dalam talian, menyunting dan cetakan kreatif gambar anda. Kendalikan gambar-gambar dengan tag, tarikh dan masa di samping menyunting gambar anda dengan mudah di mana boleh mengurangkan mata-merah, pencahayaan, padam kedut dan kemerahan. Hasilkan projek foto untuk album, kad, jemputan dan banyak lagi. Boleh dimuatnaik ke Kodak Gallery, Youtube, Facebook, Flickr, Twitter, Orkut, Yandex dan Kaixin001.

HP Photosmart Plus B210a e-AiO


Fungsi pencetak pintar ini adalah cetak, imbas, salin dan web. HP Photosmart Plus B210a e-AiO didatangkan dengan skrin 3.5-inci. HP TouchSmart untuk paparan menu dan imej yang hendak dicetak. Fungsi HP Print Photo untuk telefon pintar yang menggunakan Android, Symbian, Windows Mobile, iPad, iPhone dan iPod Touch bagi memudahkan cetakan tanpa wayar secara WiFi. Ia boleh menyokong MultimediaCard pada slot kad pada pencetak.

Cetakan warna adalah sehingga 4800 x 1200 dpi dan hitam hingga 600 x 600 dpi. Cetakan bulanan adalah hingga 2,500 halaman dengan kelajuan cetakan hitam hingga 8.4 laman/minit (ppm) dan cetakan warna hingga 7.5 ppm. Imbasan optikal adalah sehingga 1200 dpi (24 bit) dengan kelajuan 32 cpm untuk imbasan hitam dan 30 cpm untuk imbasan warna. Cetakan warna foto saiz 4 x 6 inci mengambil masa kira-kira 16 saat. Dulang media pencetak ini boleh menampung kertas saiz A4 hingga B7 manakala dulu foto pula dari A6 hingga B7. Harga: RM499.

Fortinet FortiMail-3000C


Fortinet FortiMail-3000C adalah peranti keselamatan pemesejan yang menawarkan pemprosesan emel secara selamat dalam suasana pemesejan korporat yang menyokong sehingga 50,000 pengguna. FortiMail-3000C menawarkan peningkatan mod pelayar dengan penggunaan perisian operasi FortiMail 4.0 MR2 yang berfungsi seperti pelayan mel SMTP menyokong P0P3, IMAP dan mel web.

Is sesuai untuk menggantikan pelayan mel yang lama, menggabungkan fungsi banyak pelayan mel kepada satu pelayan dan perkhidmatan keselamatan email di pejabat cawangan. FortiMail-3000C menawarkan Identity-Based Encryption (IBE) yang membolehkan mesej berenkrip dihantar tanpa tambahan perkakasan dan pilihan pengguna. Ini juga memastikan emel yang dihantar adalah selamat dan terpelihara.

Menggunakan bentuk yang sama, perlindungan antispam, antivirus dan anti-spyware, FortiMail-3000C mempunya CPU tambahan, 16 GB RAM, antaramuka serat optik. Ia mampu mengendalikan 1.2 juta emel sejam dan 1.1 juta emel sejam dengan FortiGuard Antispam dan Antivirus. Fortinet FortiMail-3000C menyokong sehingga 6 TB storan RAID 1/5/10/50.

Nokia C7


Nokia C7 direka khas untuk rangkaian sosial dan menggunakan platform Symbian yang baru. Nokia C7 mempunyai skrin AMOLED saiz 3.5 inci untuk paparan Facebook, Twitter Ovi Mail, Yahoo! Mail dan Window Live Hotmail. Masa berbual hingga 576 min dan masa bersedia hingga 656 jam.

Memori dalaman 8GB dan menyokong kad microSD hingga 32GB. Kamera 8MP dengan paparan 16:9 kawalan sesentuh serta lampu dwi LED generasi ketiga. Rakaman video menerusi kamera 8MP dengan kualiti HD 720p dan saiz 16:9 dalam format MPEG-4 dan H.264. Terdapat tetapan untuk pemandangan, lampu video, imbangan putih dan tona warna.

LG Town C305


LG Town membolehkan sambungan dan penghantaran data yang pantas. LG Town berkeupayaan WiFi dan kekunci QWERTY bagi pengguna yang mahukan sambungan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian sosial.

Saiz C305 adalah 116 x 61.9 x 11.9 mm dengan skrin TFT LCD 2.4 inci. Masa berbual C305 adalah hingga 11.5 jam dan masa bersedia hingga 409 jan dengan menggunakan bateri 900 mAh. C305 menyokong slot microSD hingga 4GB dengan memori dalaman 15MB. Kamera 2MP pada C305 sesuai untuk MMS dan emel. C305 didatangkan dalam warna putih dan oren. Harga - RM449.

Xperia Neo


Xperia Neo telah dibina dengan bentuk yang unit dan ergonomik yang muat sempurna di tangan. Telefon pintar ini menggunakan versi terkini Android yang mencapai kepada Google Mobile Services dan pelbagai perisian di Android Market. Telefon pintar Xperia menggabungkan yang terhebat dalam hiburan dan yang terbaik dalam aplikasi termasuklah capaian web dengan Adobe Flash Player.

Sony Ericsson Xperia Neo mempunyai ciri-ciri Exmor R untuk rakaman gambar dan video yang baik. Paparan dengan enjin Mobile BRAVIA dengan HDMI dalaman untuk paparan gambar dan video HD di TV HD. Xperia Neo terdapat dalam warna biru, merah dan perak.

Motorola Xoom


Tablet berasaskan Android, dilengkapi kamera di hadapan dan belakang serta keupayaan merakam HD. Skrin besar menawarkan resolusi tinggi serta sokongan Adobe Flash Honeycomb untuk multi tugas. Dimulakan dalam versi 3G dan boleh ditingkatkan ke 4G penghujung. Turut menyokong Google Maps dengan paparan 3D.

Motorola XOOM adalah tablet berkeupayaan 3G/WiFi dengan keupayaan tambahan 4G LTE. Motorola XOOM menggunakan Adroid 3.0, pemproses NVIDIA Tegra 2 dual-core 1GHz (satu core) dan skrin 10.1 inci paparan HD. XOOM juga menyokong video HD 1080p dan kandungan Flash. Motorola XOOM mempunyai kamera 2MP di hadapan untuk chat video dan kamera 5MP di belakang untuk rakaman 720p HD. Motorola menjanjikan prestasi paparan 1280 x 800 pixels dan termasuk giroskop dalaman, barometer, e-kompass, pengukur pecutan dan lampu untuk aplikasi jenis baru di samping capaian kepada Android Market.

AXIS T90C Fixed Dome IR-LED


Axis Communications menawarkan versi luaran "High-Intensity Infrared Illuminator" AXIS P33 Fixed Dome Network Cameras. AXIS T90C Fixed Dome IR-LED pula membolehkan kamera merakam imej berkualiti tinggi walaupun dalam gelap.

Produk ini terdapat dalam dua versi - satu dengan sokongan kuada DC dan satu lagi kuasa menerusi Ethernet untuk pemasangan mudah. Kamera ini mampu merakam dalam gelap kira-kira 20 hingga 25 meter tanpa menggunakan kuasa tinggi dan juga tanpa perlu senggaraan. Harga - AXIS T90C10 US$ 349 dan Axis T90C20 US$ 349.

Acer Iconia


Acer menawarkan sebuah notebook baru berukuran 14 inci yang memaparkan dua skrin sesentuh dan tiada papan kekunci tetapi banyak ciri-ciri dan aplikasi menerusi sesentuh. Kedua-dua skrin 14 inci CineCrystal LED TFT LCD dengan resolusi 1366x768 dan dilindungi oleh lapisan tipis Gorilla Glass untuk tahan calar dan cap jari. Dwi skrin membolehkan anda melakukan satu benda pada satu skrin dan satu lagi pada skrin satu lagi.

Iconia dikuasakan Intel Core i5, grafik Intel HD, 4GB RAM, 750GB storan. Terdapat juga 802.11 b/g/n WiFi, Gigabit Ethernet, Bluetooth 3.0, 3G, HDMI, satu penyambung USB 3.0 dan bateri 4 sel. Ciri penting dalam Aconia adalah Acer Ring yang akan memudahkan capaian aplikasi contohnya Virtual Keyboard Gesture Editor, Window Manager, dan Device Control Console.

Lenovo ThinkCentre M90z


Komputer meja semua dalam satu ini direka bagi memenuhi keperluan bisnes pengguna iaitu dengan menawarkan teknologi terkini dalam faktor bentuk jimat ruang. Ia dilengkapi skrin 23 inci yang memberi paparan jelas, boleh diselaraskan dan antaramuka multi sentuh. Dalaman pula dikuasai pemprosesan Intel Core i5/i3 berkuasa, memori DDR3, pilihan pemacu keras HDD atau SSD, pemain DVD terbina dan sambungan WiFi/Bluetooth.

M90z turut dilengkapi kamera web 2 megapiksel dengan penutup khas bagi meningkatkan keselamatan yang sering menjadi isu sewaktu sembang talian. Dan terdapat mikrofon serta speker terbina untuk menikmati kandungan multimedia sambil bekerja. Pemilik komputer juga boleh mengatasi kebimbangan kos elektrik meningkat kerana M90z dikatakan memenuhi standard penjimatan kuasa Energy Star 5.0 EPEAT Gold.

Spesifikasi:
Intel Core i5/i3. Windows 7 Profesional/ Home Premium/ Basic. Intel Q57 Chipset/ Intel GMA HD. HDD 160/250/320/500GB 7200 RPM SATA/ 80GB SSD/ 150GB 10k PRM. Memori 1GB/2GB 1333 Mhz DDR3 SoDIMM. Slim DVD-ROM. Intel 82578DM/ 10/100/1000M Gigabit Ethernet. WiFi/ Bluetooth/ USB 2.0/ PCI-e/ External HDD Bay. Skrin 23"/ 16:9/ Kamera web 2MP. Slot Sekuriti Kengsington/ TPM 1.2 Chip. Harga mengikut Konfigurasi.

Logitech K800


Menawarkan pengalaman terbaik menaip siang dan malam, itu yang dikatakan tentang K800. Ini kerana anda boleh menaip dengan selesa meskipun pada persekitaran gelap bilik atau ruang pejabat. Cahaya belakang dan huruf ukiran lazer memudahkan anda melihat kekunci dan ia secara tidak langsung memberi gaya kepada stesen kerja anda.

Selain itu, K800 juga dikatakan selesa dipegang, menaip dengan senyap menerusi sistem kunci PerfectStroke khasnya dan boleh dicas dengan mudah menerusi sambungan micoUSB. Jadi anda tidak perlu mendapatkan bateri lagi

Spesifikasi:
Backlit/ Taip Mudah. Sistem Kunci PerfectStroke/ Selesa/ Senyap. Boleh Dicas/ Micro-USB. Rekaan Nipis/ Ukiran Lazer Kekunci. Penerima Isyarat Kecil. Serasi Komputer OS Windows. Jaminan 3 Tahun. Saiz 45x 2.6x 19.5cm/ 932g. Harga RM338.

Panasonic LUMIX DMC-TZ20


DMC-TZ20 dilengkapi dengan 14.1 megapisel dan kanta pandangan sudut luas LEICA DC VARIO-ELMAR dengan 16xzoom optik. TZ20 mempunyai skrin LCD 3.0 inci lengkap dengan pengendalian sentuh (Touch Operation). Perakam filem HD penuh pada 1080p terdapat DMC-TZ20 dengan resolusi 1920x 1080 pixel. Model DMC-TZ20 juga didatangi dengan fungsi GPS yang membolehkan perlabelan geo (geo-tagging).

TZ20 menyokong kad SD/SDHC/SDXC dan terdapat 18MB memori dalaman kamera. Model DMC-TZ20 mempunyai pilihan warna hitam, perak, merah dan coklat. Harga - RM1,599.

A4Tech X7 XG-760


Tetikus tanpa wayar ini menggunakan teknologi XG No Lag yang memberikan pergerakan kursor paling lancar di samping menggunakan teknologi GlassRUN yang membolehkan tetikus digunakan pada sebarang permukaan. X7 menyediakan 5 mod pilihan untuk tetapan makro permainan dan boleh ditetapkan untuk berlainan aplikasi pejabat, lukisan atau permainan.

Terdapat 48k memori untuk menyimpan tetapan makro dan menyimpan 16 pergerakan perintah pilihan. Capaian tanpa wayar tetikus ini adalah hingga 20m dan mempunyai keupayaan mengelak gangguan RF. Tetikus ini disediakan dengan penerima nano yang boleh disambung kepada 3 peranti X7 yang lain. Harga X7 SuperCombo 7 Wireless Gaming Mouse. - RM159.

Samsung GALAXY Ace


Samsung GALAXY Ace telefon pintar yang menggunakan Android 2.2 OS. Samsung GALAXY Ace direka untuk para pengguna muda yang mahukan kecanggihan. Telefon ini tiada bingkai dengan saiz yang kecil dan tipis memudahkan ia dipegang.

GALAXY Ace menawarkan Quicktype oleh SWYPE, antaramuka yang akan mengecam pergerakan jari anda. GALAXY Ace mempunyai paparan 3.5 inci 320x480 HVGA TFT-LCD. Ia menggunakan pemproses 800MHz dan kamera 5.0 MP dengan lampu LED. Memori dalaman 150MB dan slot untuk microSD (hingga 32GB). GALAXY Ace menyokong Bluetooth v 2.1; USB 2.0; WiFi 802.11 (b/g/n). Harga - RM999.

Linksys WAG120N Modem Router


WAG120N adalah berciri Wireless-N (Draft 802, 11n) yang mempunyai empat port Ethernet (10/100Mbps) untuk disambung ke peranti berwayar. Peranti ini mempunyai ciri perkongsian internet tanpa wayar, percetakan tanpa wayar di samping berkongsi dokumen.

Berciri WEP, WPA dan WPA2 bersama Enkripsi 128-Bit. Ia juga mempunyai fungsi MAC Address Filtering, SPI Firewall dan disokong oleh Network Magic Basic, perisian pemetaan rangkaian dengan antaramuka ramah pengguna. Harga RM199.

Motorola DEFY


Motorola DEFY dikuasai oleh Adroid yang mempunyai bentuk tipis, skrin sesentuh penuh tahan calar dan kekisi yang kuat di luar. - powered devide from Motorola. DEFY mempunya skrin WVGA 3.7 inci dari sudut ke sudut membolehkan paparan laman web lebih bagus dengan keupayaan Adobe Flash Lite untuk paparan kandungan multimedia. DEFY juga menawarkan ciri Swype untuk lebih mudah menginput teks dengan pergerakan jari. Peranti ini menawarkan perkhidmatan Google seperti Google Search, Google Maps, Googl Maps dengan Navigation, Gmail dan Androis Market.

DEFY disertakan dengan kamera 5 MP untuk rakaman imej dan video seterusnya berkongsi kandungan menerusi teknologi Digital Living Network Alliance (DLNA). DEFY juga mempunyai ciri CrysralTalk PLUS dengan mikrofon baru yang menapis kebisingan supaya anda boleh dengar dan didengari dengan baik. DEFY juga berkeupayaan bersambung secara 3G kepada lima peranti WiFi untuk memudahkan pelayaran internet. Harga Motorola DEFY - RM1,599.

Panasonic LUMIX DMC-FT3


DMC-FT3 adalah untuk kegunaan aktiviti di luar dengan menggabungkan ciri-ciri hebat di dalam reka bentuk tahan lasak. Model baru 12.1-megapiksel DMC-FT3 mempunyai ketahanan lasak dengan fungsi kalis air sehingga 12m, kalis gegaran (shockproof) sehingga 2m, kalis habuk dan tahan sejuk sehingga -10 darjah Celsius.

Diperbaharui dengan fungsi GPS sedia ada dalaman, kompas, altimeter dan barometer untuk membolehkan pengguna menangkap gambar-gambar menarik pada keadaan ekstrem. FT3 dilengkapi dengan Enjin Venus FHD (Venus Engine FHD), dan Perakam Filem Penuh HD (Full HD Movie Recording) pada 1080p, untuk kualiti gambar yang hebat terjamin. Harga - RM1,599.

GoFlex Home


Seagate GoFlex Home mudah disambung kepada 'router' tanpa wayar, untuk menjadikan penyimpanan data secara berpusat dan juga melindungi data tanpa wayar dari sistem pengoperasian Windows atau Mac OS X. Dengan peranti 'Go Flex Home', keluarga juga dapat berkongsi gambar, filem dan muzik daripada rangkaian yang bersambung dengan alat DLNA seperti 'game consoles' ataupun GoFlex TV HD media player, dari mana-mana bilik di rumah. GoFlex Home ditawarkan dalam kapasiti 1TB atau 2TB, sistem peranti 'GoFlexHome' dapat menjamin keselamatan memori digital yang penting bagi seisi keluarga.

Perkhidmatan perkongsian fail Seagate Share dalam sistem Home GoFlex memudahkan akses filem, fail muzik atau gambar yang disimpan dalam komputer yang disambungkan kepada internet. Sistem GoFlex Home turut menawarkan Seagate Share Pro yang membolehkan capaian kepada isi kandungan yang tersimpan di dalam peranti mudah alih seperti iPhone, iPad ataupun BlackBerry, mengintegrasikan gambar atau file dengan Facebook dan Flickr, dan perkongsian RSS (Really Simple Syndication). GoFlex Home berharga RM488 bagi 1TB dan RM688 bagi 2TB.

Microsoft Lifecam Studio


Microsoft Lifecam Studio menawarkan imej kualiti yang tajam dan menarik dengan sensor True 1080p HD. LifeCam Studio telah dipertingkatkan dari segi optik, Auto Focus dan elemen gelas berkualiti tinggi. LifeCam Studio dan Windows Live Messenger 2011 adalah pasangan yang secocok dengan sokongan panggilan video HD dan perkongsian foto semasa berborak.

Ciri-ciri utama LifeCam Studio adalah sensor 1080p HD dengan paparan video pada 16:9 hingga 30fps, audio lebih jelas, kedudukan tripod lebih memudahkan pengguna, penggunaan teknologi TrueColor untuk warna yang terang dan jelas, teknologi ClearFrame untuk video tanpa gangguan, paparan 360 darjah membolehkan kamera dipusingkan, Video Messenger membolehkan anda meninggalkan pesanan video dan Windows Live Movie Maker untuk perkongsian video dalam talian. Harga Microsoft Lifecam Studio - RM329.

ViewSonic ViewPad 7


ViewSonic ViewPad 7 adalah peranti tablet komunikasi bersaiz 7 inci dengan fungsi-fungsi seperti telefon bimbit, komputer dan keupayaan permainan di mana keperluan kerja, gaya hidup dan hiburan bergabung. ViewPad 7 dikuasai Google Android 2.2 di mana anda boleh mancapai hingga 100,000+ aplikasi untuk digunakan bersama ViewPad 7. Pengguna ViewPad 7 boleh mencapai perkhidmatan seperti Android Market, Google Maps, Voice Search, Gmail Youtube, termasuk fungsi panggilan 3G video, navigasi GPS, pembesar suara, hiburan AV dan Documents-to-Go. ViewPad 7 berkeupayaan 3.5G HSDPA/HSUPA untuk memudahkan capaian web dan memeriksa e-mel.

ViewPad 7 mempunyai dua webcam dan perisian komunikasi dengan perisian VOIP. Kamera peranti ini berkeupayaan 3.0 MP untuk merakam imej berkualiti tinggi. ViewPad 7 menerusi Google Maps dengan GPS/AGPS tersedia, membantu anda mencapai destinasi anda dan tempat-tempat yang menarik. ViewPad 7 menyokong kad microSD sehingga maksimum 32GB. ViewSonic ViewPad 7 berharga RM 1,799.00.

Kodak Easyshare Touch


Tunjukkan gambar dan gaya anda dengan kamera KODAK EASYSHARE TOUCH yang memaparkan ciri skrin LCD sesentuh 3 inci. Ia juga mempunyai bebutang khursus untuk rakaman video 720p HD yang boleh anda sunting dan kongsi menerusi kamera itu sendiri. Kamera EASYSHARE TOUCH ini juga mempunyai ciri penyusunan automatik menurut orang, tarikh, kata kunci dan video untuk carian mudah.

Kamera ini berupaya 14 MP dengan lensa zum optikal 5X sudut luas SCHNEIDER-KREUZNACH, disertakan dengan ciri-ciri Kodak Smart Capture dan Face Recognition, pelbagai mod pemandangan dan artistik, terdapat juga sambungan HDMI untuk paparan pada TV HD. Kamera ini boleh memuatkan gambar-gambar ke Facebook, Twitter, Youtube, Kodak Gallery dan Flickr.

Logitech S715i


Sebagai peminat muzik, tentu anda mahukan bunyi terbaik ke mana pun anda pergi. Itulah yang ditawarkan oleh Logitech menerusi speker boleh cas terbaharunya. S715i ini merupakan speker mudah alih bagi pemain iPod dan iPhone serta dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 8 jam sekali cas.

Terdapat lapan pemacu khas untuk mengasingkan frekuensi bunyi agar anda dapat menikmati bunyi yang lebih diperkaya, jlas dan bass berkuasa. S715i turut dikawal oleh alat kawalan jauh yang menambahkan ciri berguna wayarles dengan jarak capaian 10 meter.

Spesifikasi:
Pemacu Neodymium Tala Lazer 3"/ 2x 1/ 2inch Tweeter Neodymium/ 4 x 2" Radiator Pasif. Bateri NiMH Boleh Cas/ 8 Jam. Alat Kawalan Jauh/ 10m. Dok Tanpa Dulang/ iPod/ iPhone/ Penyambung Dok Universal. Input Aux/ 3.5mm. Bekas Simpanan. Saiz 387x 133x 60mm/ 677g. Harga RM599.

HTC Aria


HTC memperkenal telefon pintar saiz poket yang dilengkapi kamera lima megapiksel, skrin 3.2 inci, kefungsian Adroid 2.1 terkini, teknologi popular HTC Sense dan rekabentuk yang selesa dipegang. Pengguna juga mudah berhubung, di mana Friend Stream, Facebook, Twitter dan Flickr boleh dikemaskini dalam satu paparan yang sama.

Selain itu, fungsi Internet turut dikatakan menjadi kelebihan Aria. Pengguna boleh mengakses pelbagai servis Google seperti Google Search, Maps, GMail, Youtube dan banyak lagi menerusinya. Kelebihan sebagai telefon Adroid pula membolehkan lebih daripada 70,000 aplikasi dimuatkan ke dalam telefon pintar ini.

Spesifikasi:
GSM/EDGE 850/900/1800/1900MHz. HSPA 900/2100 Mhz. 512 MB ROM/384 MB RAM/ microSD. Skrin 3.2"/ Sentuh/ 320x 480 HVGA. Bluetooth 2.1/ A2DP Stereo. WiFi IEEE 802.11 b/g. GPS/AGPS. Joystik Optikal/ Kompa Digital/ Gsensor. Kamera 5MP/Fokus/Flash. Bateri 1200 mAH Li-Ion. Saiz 103.8x 57.7x 11.7mm/ 115g. Harga RM1,799.

Panasonic HDC-SDT750


Panasonic melancarkan kamkoder 3D amatur pertama di dunia dengan sistem 3MOS, lensa pemindahan 3D dan ciri inovatif untuk memudahkan rakaman meskipun bagi mereka yang baru belajar tentang videografi.

Merakam video 3D kini semudah memasang lensa khas pada kamkoder bagi merakam seakan sebenar dan diserasikan dengan televisyen 3D popular masa kini.

Jika tidak menggunakan lensa 3D sekalipun, HDC-SDT750 mampu merakam video 2D kualiti HD terbaik, sementara pilihan antara mod iA dan rakaman manual pula memberi ruang untuk berkretif. HDC-SDT750 merakam 1080/60p untuk NTSC dan 1080/50p untuk PAL serta penstabil imej Hibrid O.I.S mengelak gegaran atau imej kabur.

Spesifikasi:
Memori SD/SDHC/SDXC. Format 1080/60p MPEG4 AVC/ H.264/HAHG/HX/ AVCHD / JPEG. Sensor Imej 1/4.1" MOSx3/ 9.15MP. F1.5 (Lebar)/ 2.8 (Tele). 12xZum Optikal/ 18xZum Pintar/ 30x-700x Digital. Filter 46mm. Lensa Leica Dicomar / 3D VW-CLT1. Hybrid OIS. Shutter 1/2-1/2000/ Video Flash. 1400lx. Monitor LCD 3"/ Mikrofon 5.1ch / Speker Dinamik. Audio Dolby Digital / DPOF/ HDMI/ USD 2.0. Berat 195g.

iPod Shuffle


Lebih kecil dan mampu miliki, model terbaru iPod Shuffle ini boleh didapati pada harga RM179. Rekaan butang bulat Shuffle juga kembali dan kali ini ditambah dengan teknologi inovatif VoiceOver Apple serta Playlist yang membenarkan pengguna menavigasi serta beralih antara trek meskipun tanpa melihat pemain.

Ia turut didatangkan dalam kerangka aluminium menarik, klip boleh pakai dan terdapat lima warna untuk dipilih. Bateri pula mampu bertahan sehingga 15 jam dan storan 2Gb membernarkan anda menyimpan lebih banyak muzik.

Spesikasi:
Memori Flash 2Gb/ USB. Kit VoiceOver. Jek 3.5mm. Fon Telingan 20Hz-20,000 Hz/ 32ohms. Pad Kawalan/ Butang VoiveOver / Shuffle/ Kuasa Bateri Li-lon/ 15j/ 80% Kuasa x2 jam cas. Warna Perak/ Biru/ Hijau/ Jingga/ Merah Jambu. Saiz 29x 31.6x 8.7mm/ 12.5g. Harga RM179.

LG CF3D


CF3D dikatakan projektor jenis kaca berkutub 3D pertama yang mampu menayang gambar HD penuh menerusi satu lensa tunggal. Dengan saiz tayangan imej maksimum 200 inci, ia juga menawarkan kadar keterangan 1250 ANSI lumen dan kontras 7,000:1 untuk paparan dan pengalaman sinematik menarik.

LG CF3D didatangkan dengan enam pasang kacamata polarized agar seisi keluarga dapat menikmati pengalaman 3D bersama-sama.

Spesifikasi:
Projektor 3D Jenis Kaca Berkutub. 1250 ANSI Lumen (3D). TruMotion 100Hz. 0.61 inci SXRD. HD Penuh 1920x1080. Penentukuran Gambar 3D Auto. Lensa Tunggal/ Dua Enjin. HDMI 1.3/ HDMI 1.4 3D.

iPod Nano + Multi Touch


Pemain media popular daripada Apple ini didatangkan bersama sedikit pembaharuan iaitu antaramuka multi sentuh yang tentunya memberi perubahan kepada cara anda menikmati muzik. Anda boleh menavigasi koleksi muzik dengan hanya menyentuh atau melayangkan jari pada skrinnya, malah pemain ini juga mempunyai klip aluminium terbina untuk memudahkan anda memakai serta-merta.

iPod Nano terbaharu ini juga menampilkan ciri Genius Mixes iaitu kemampuan mencipta dan menyunting senarai pemain, radio FM dengan hentian langsung serta menawarkan sehingga 24 jam masa memain muzik dalam sekali gus. Ciri interaktif seperti Shake to Shuffle pula bukan sekadar menyeronokkan malah berguna bagi mereka yang ingin segera beralih kepada muzik lain. Hanya goncang dan tukar.

Spesifikasi:
8GB/ 16GB. Accelerometer. Skrin 1.54" TFT/ 240x240. Format AAC/HE-AAC/ MP3/ MP3 VBR/ Audible/ AAX/ AAX+/ Apple Lossless/ AIFF/WAV. Radio FM. Fon Telinga 20Hz-20,000Hz. Nike+iPod. Warna Perak/ Graphite/ Biru/ Hijau/ Jingga/ Merah Jambu. Bateri Li-lon/ 24hrs Muzik. Saiz 37.5x 40.9x 8.78mm/ 21g. Harga RM549 (8GB)/ RM679 (16GB).

Kingston CF 600x


Kad memori CompactFlash terbaru Kingston ini pula dikatakan serasi kamera digital SLR hujung jari. Dengan sokongan kapasiti besar UDMA Mod 6, kelajuan pantas sehingga 600x dan masa menulis serta membaca 90MB/sesaat, ia sesuai untuk rakaman berterusan atau yang memerlukan pecutan seperti dalam majlis perkahwinan atau sukan.

Dua kapasiti ditawarkan iaitu 16GB dan 32GB, mampu untuk menyokong fail besar dalam format RAW atau video HD. Kad CF ini juga membenarkan anda memasang perisian pemulihan MediaRECOVER percuma yang boleh dimuat turun terus ke dalamnya.

Spesifikasi:
16GB/32GB. Kelajuan 90MB/s Baca/Tulis. Standard CompactFlash Association, Ciri Pasang dan Guna. Suhu Operasi 0'-60'C/ Simpanan -20'-85'C. Perisian MediaRECOVER. Mod AutoSleep. Saiz 36.4x 42.8x 3.3.mm. Jaminan Hayat.

WD Caviar Green


Generasi keempat WD Caviar Green ini pula menawarkan ciri pemacu yang lebih sejuk, senyap dan mesra alam. Ia didatangkan dalam kapasiti 2TB dan menggunakan tenaga rendah untuk beroperasi. Ia juga dikatakan terbaik dalam kelasnya dari segi kuasa menerusi gabungan teknologi GreenPower WD, pengurusan kuasa automatik, akustik rendah dan 100% bebas halogen.


Caviar Green terdiri daripada 3-platter dengan kelajuan 667 GB/ platter dan 64MB Cache. Ia juga menampilkan teknologi format dinajukan 512 Byte Emulated.

Spesifikasi:
Kapasiti 1.5TB/2TB. Areal Density Tinggi 667 GB/platter. 64MB Cache. Teknologi GreenPower. Pengurusan Kuasa Automatik/ Maju. Akustik Rendah. Teknologi Format Dimajukan/ 512 Byte Emulated. Bebas Halogen Model WD20EARS. Harga RM399 (2TB)/ RM319 (1.5TB).

Garmin Asus A10


Garmin-Asus mengumumkan keterdapatan A10 di pasaran Malaysia, telefon pintar yang direka bagi pengguna profesional atau mereka yang gemar 'berjalan'. Ia dikuasakan teknologi Android 2.1, skrin 3.2 inci multi sentuhan, 512MB RAM dan 512MB ROM, serta bateri 1500mAh untuk masa berbual dan penggunaan lebih lama.

Namum, yang menjadi keutamaan adalah kelebihan fungsi Navigasi Garmin. Terdapat ciri 'turn by turn pedestrian', kompas elektronik, pandu arah lebih tepat. Dengan 'Time to First Fix (TTFF) 32 sesaat, A10 turut mempunyai kemampuan GPS automotif Garmin Nuvi 1460 di mana peta Malaysia, Singapura, Brunei termuat sekali kedalamnya. Dengan A10, kita mendapat dua peranti pada satu produk yang sama, telefon dan juga GPS.

Spesifikasi:
HSDPA 7.2Mbps/ UMTS 900/2100/EDGE/GPRS/GSM 850/900/1800/1900. OS Android 2.1 Eclair. CPU Qualcomm 7227 600MHz. Memori 512MB SDRAM/ 512MB ROM/ 4GB eMMC Flash. Bluetooth 2.0+EDR/ USB 2.0/ WLAN 802. 11b+g. Qualcomm GPSOne-Gen7. Skrin 3.2 HVGA TFT. Kamera 5MP/ Auto Fokus. Browzer HTTP/ Google. Harga RM1,399.

Kingston HyperX H20


Kingston mengumumkan HyperX H20, modul kit memori dua dan tiga saluran DDR3 dengan ciri unit penyejukan air. Menawarkan frekuensi sehingga 2133 MHz dan kapasiti 6GB, kit memori ini sesuai untuk kegunaan komputer kecekapan tinggi seperti permainan ekstrim dan dikatakan mampu beroperasi senyap serta memenuhi keperluan spesifik.

Ciri unit penyejukannya bertindak menerusi cecair untuk mengurangkan kepanasan terutama ketika operasi tinggi. HyperX H20 turut dilindungi jaminan seumur hidup dan sokongan ternikal percuma Kingston.

Spesifikasi:
4GB DDR3 2000MHz (CL9-11-9-27 @ 1.65v) / 2x Kit Dioptimumkan XMP. GBB DDR3 2000MHz (CL9-10-9-27 @ 1.65v)/ 3x Kit Dioptimumkan XMP.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...