Fortinet FortiMail-3000C


Fortinet FortiMail-3000C adalah peranti keselamatan pemesejan yang menawarkan pemprosesan emel secara selamat dalam suasana pemesejan korporat yang menyokong sehingga 50,000 pengguna. FortiMail-3000C menawarkan peningkatan mod pelayar dengan penggunaan perisian operasi FortiMail 4.0 MR2 yang berfungsi seperti pelayan mel SMTP menyokong P0P3, IMAP dan mel web.

Is sesuai untuk menggantikan pelayan mel yang lama, menggabungkan fungsi banyak pelayan mel kepada satu pelayan dan perkhidmatan keselamatan email di pejabat cawangan. FortiMail-3000C menawarkan Identity-Based Encryption (IBE) yang membolehkan mesej berenkrip dihantar tanpa tambahan perkakasan dan pilihan pengguna. Ini juga memastikan emel yang dihantar adalah selamat dan terpelihara.

Menggunakan bentuk yang sama, perlindungan antispam, antivirus dan anti-spyware, FortiMail-3000C mempunya CPU tambahan, 16 GB RAM, antaramuka serat optik. Ia mampu mengendalikan 1.2 juta emel sejam dan 1.1 juta emel sejam dengan FortiGuard Antispam dan Antivirus. Fortinet FortiMail-3000C menyokong sehingga 6 TB storan RAID 1/5/10/50.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda berbincang di sini. Kiriman komentar anda dialu-alukan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...