LG P220


Komputer riba mini premium baru ini menawarkan pengalaman tontonan yang hebat di dalam layar selebar 12.5 inci. Paparannya menjanjikan penglihatan dari sudut luas supaya pengguna dapat menikmati imej yang tajam dan lebih jelas dari pelbagai sudut pandangan. Pengguna wayarles pula boleh berkongsi video, foto dan muzik dengan peranti yang membenarkan DLNA.

Pengendalian kuasa dioptimumkan agar tiga filem panjang boleh ditonton penuh secara berturut-turut. Rekaan ketebalan adalah 10 inci, seberat 1.3 kg dan dengan kedalaman 20.9mm. Turut didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Pearl White, Pink Pearl dan Blue Pearl.

Kingston Wi-Drive


Cukup menarik, Wi-Drive merupakan peranti storan tanpa wayar dengan isyarat WiFi. Ia direka khusus buat pengguna iPad Touch, iPhone dan Apple iPad kerana fungsi Wi-Drive membolehkan pengguna mengakses kandungan digital pentong tanpa bergantung kepada sistem talian atau servis awan.

Dengan berat hanya 80 gram, pengguna boleh akses kandungan muzik, gambar, fail dan pelbagai lagi media yang tersimpan di Wi-Drive menerusi aplikasi Wi-Drive App (boleh didapati percuma di App Store SM), terpasang pada peranti mereka. Ditawarkan dalam kapasiti 16GB dan 32GB, Wi-Drive juga boleh diakses tiga orang serentak tanpa gangguan prestasi.

Kingston USB 3.0 Media Reader


Mempunyai reka bentuk kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. USB 3.0 Media Reader ini menyokong pelbagai format kad termasuk SDXC berkapasiti tinggi. Dengan reka dentuk yang cepat dan mudah, ia menyampaikan sehingga 5.0Gb/s pemindahan data berkelajuan tinggi bagi imej, fail data besar dan lebih ideal untuk pemindahan data yang cepat seperti pemindahan foto, muzik dan pelbagai lagi.

Didatangkan dengan USB 3.0, ia disokong dengan jaminan selama dua tahun dan berteknologi bebas. Serasi sistem operasi Windows 7, Windows Vista dan Windows XP (SP3).

LG Optimus Sol


Ahli terbaru dalam keluarga smartphone LG Optimus, Optimus Sol dengan nama model LG-E730 menjalankan platform Android 2.3 Gingerbread terkini dan 1Ghz CPU. Tetapi apayang lebih diperkatakan tentang telefon pintar ini ialah rekabentuknya yang nipis iaitu 9.8mm serta skrin Ultra AMOLED 3.8 incinya dikatakan menawarkan kejelasan meskipun di bawah terik matahari. Begitu juga kesediaan Flash 10.1 antara yang menjadi ciri fokus Optimus Sol.

Telefon ini turut menjalankan sistem pengurusan kuasa berasaskan idle yang meningkatkan kuasa bateri antara 20-30 peratus. Terdapat kamera 5.0 OMP dengan ciri auto fokus dan auto shutter, serta hubungan ke DLNA dan WiFi terus dari skrin.

Vita Sony PlayStation


Sony dengan ini telah mengumumkan keluaran terbaru PlayStationnya yang dinamakan Vita Sony PlayStation yang sebelum ini dikodkan dengan nama "Next Generation Portable" (NGP). Produk ini adalah pengganti kepada siri perkakasan PlayStation Portable.

Vita mengekalkan bentuk umum siri perkakasan PlayStation Portable sementara secara dramatik meningkatkan hampir setiap aspek penggunaan dengan ciri-ciri yang menarik. Ciri-ciri baru termasuklah dua pad sentuh di bahagian hadapan dan belakang, dual kamera di depan dan belakang, stik dua analog, skrin OLED 5 inci, GPS, sensor gerakan enam paksi dan kompas elektronik tiga paksi serta sokongan Wi-Fi.

Nike Plus Spotwatch With GPS


Sistemnya telah dikemaskini dan dibangunkan dengan GPS untuk mencapai potensi terbaik. Dengan sistem tambahan port USB terbina ke dalam jalur jam tangan, ia membolehkan pemilik untuk membuat muat turun maklumat di luar jangkaan iaitu dengan hanya memerlukan plug mudah.

Fungsinya juga mudah dengan hanya mempunyai tiga butang serta memori LED (back-lit). Harga RM 597.

Motorola Atrix 4G


Satu hari nanti telefon bimbit akan mengambil alih dan berfungsi sebagai CPU komputer riba sepenuhnya. Motorola Atrix 4G mulai selangkah ke hadapan mengikuti revolusi ini. Atrix ini akan menjadi kuasa besar dengan hanya berlandaskan telefon pintar semata-mata.

Atrix dikuasakan Android 2.2 dan digerakkan oleh pemprosesan dual-core 1GHz. Terdapat kamera di depan dan belakang, serta akses kepada rangkaian 4G masa depan AT&T. Fungsi lain mempunyai tiga port USB dan port HDMI, Atrix bakal mendapat tumpuan ramai kerana kecanggihan teknologinya.

Harga antara RM1,900 - RM1, 980.

Microsoft Sidewinder X3


Edisi terbaru Sidewinder, tetikus ini menggabungkan kecekapan untuk permainan dan rekaan versatil pada harga berpatutan. Ia mempunyai lapan butang permainan dan enjin penjejak lazer 2000 dpi untuk memudahkan anda mengawalnya serta memberi kelajuan yang diinginkan. Dpi X3 juga boleh diubah sama ada sensitiviti tinggi, sederhana dan rendah.

Selain itu, anda boleh program lima butang khasnya mengikut kemahuan atau menu yang anda inginkan seperti permainan ekstrim atau sekadar kegunaan biasa. Ciri lain yang ada seperti perisian IntelliPoint untuk cipta dan arahan macro; butang tepi profil rendah; dan tapak mudah luncur pengendalian selesa.

Spesifikasi:
Teknologi Lazer Avago. Kadar Pengimejan 7080fps. Kelajuan Jejak 45inci/ Pecutan 20G/ Laporan USB 500Hz. 8 Butang/ Skrol/ 3 Butang Tukar Dpi. Antaramuka USB/ Serasi Windows Vista/ XP. Saiz 120x70.2x40.8mm/ 136g. Harga RM139.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...