ST700 DualView kamera digital kompak dengan teknologi dwi skrin bagi memudahkan pengguna merakam gambar sendiri. Kamera ini juga menghasilkan kualiti imej yang tinggi dengan pelbagai ciri menarik dan penggunaan yang mudah.ST700 merupakan skrin LCD 1.8 inci di depan dan skrin LCD sesentuh 3.0 inci dengan Smart Access UI di belakang kamera untuk paparan imej yang tajam. Kamera ini mempunyai 16.1 Megapixel (MP) dan lensa 26mm 5x zum optik untuk merakam suasana bersejarah yang sempurna untuk anda. ST700 menggabungkan ciri rakaman video kompak HD dengan ciri menarik seperti Smart Filter 2.0, yang membenarkan anda membuatkan imej anda lebih menarik.
Juniper Networks® T4000 Core Router, dikuasai oleh sistem operasi Junos®, memenuhi kehendak lebar jalur yang meningkat dengan skala dan fleksibiliti. Pada 240 Gbps/slot. T4000 adalah router IP / MPLS paling pantas dan paling besar.
Set kepala stereo HS-19 dari A4Tech dengan unit pemacu prestasi tinggi 40mm. Kabel stereo ketahanan tinggi dengan rekabentuk unit. Kawalan bunyi di set kepala. Microfon fleksibel dan merakam bunyi daripada sebarang arah dengan kejelasan luar biasa. Set kepala yang ringan, mudah dilaras, ergonomik dan kusyen telinga yang selesa. Harga - RM45.
Bawa masuk ke dalam kolam atau ke pantai, kamera digital kalis air Kodak pertama boleh pergi hingga ke dalaman 10 kaki, di mana ia juga tahan kotoran, habuk dan pasir. Kamera EASYSHARE SPORT adalah kamera 12 MP dengan LCD 2.4 inci, ciri Kodak Smart Capture, pelbagai mod permandangan dan warna untuk merakam gambar dan video yang baik. Kamera EASYSHARE SPORT didatangkan dalam warna putih, kelabu, merah, kuning dan biru.
Fungsi pencetak pintar ini adalah cetak, imbas, salin dan web. HP Photosmart Plus B210a e-AiO didatangkan dengan skrin 3.5-inci. HP TouchSmart untuk paparan menu dan imej yang hendak dicetak. Fungsi HP Print Photo untuk telefon pintar yang menggunakan Android, Symbian, Windows Mobile, iPad, iPhone dan iPod Touch bagi memudahkan cetakan tanpa wayar secara WiFi. Ia boleh menyokong MultimediaCard pada slot kad pada pencetak.
Fortinet FortiMail-3000C adalah peranti keselamatan pemesejan yang menawarkan pemprosesan emel secara selamat dalam suasana pemesejan korporat yang menyokong sehingga 50,000 pengguna. FortiMail-3000C menawarkan peningkatan mod pelayar dengan penggunaan perisian operasi FortiMail 4.0 MR2 yang berfungsi seperti pelayan mel SMTP menyokong P0P3, IMAP dan mel web.
Nokia C7 direka khas untuk rangkaian sosial dan menggunakan platform Symbian yang baru. Nokia C7 mempunyai skrin AMOLED saiz 3.5 inci untuk paparan Facebook, Twitter Ovi Mail, Yahoo! Mail dan Window Live Hotmail. Masa berbual hingga 576 min dan masa bersedia hingga 656 jam.
LG Town membolehkan sambungan dan penghantaran data yang pantas. LG Town berkeupayaan WiFi dan kekunci QWERTY bagi pengguna yang mahukan sambungan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian sosial.
Xperia Neo telah dibina dengan bentuk yang unit dan ergonomik yang muat sempurna di tangan. Telefon pintar ini menggunakan versi terkini Android yang mencapai kepada Google Mobile Services dan pelbagai perisian di Android Market. Telefon pintar Xperia menggabungkan yang terhebat dalam hiburan dan yang terbaik dalam aplikasi termasuklah capaian web dengan Adobe Flash Player.
Tablet berasaskan Android, dilengkapi kamera di hadapan dan belakang serta keupayaan merakam HD. Skrin besar menawarkan resolusi tinggi serta sokongan Adobe Flash Honeycomb untuk multi tugas. Dimulakan dalam versi 3G dan boleh ditingkatkan ke 4G penghujung. Turut menyokong Google Maps dengan paparan 3D.
Axis Communications menawarkan versi luaran "High-Intensity Infrared Illuminator" AXIS P33 Fixed Dome Network Cameras. AXIS T90C Fixed Dome IR-LED pula membolehkan kamera merakam imej berkualiti tinggi walaupun dalam gelap.
Komputer meja semua dalam satu ini direka bagi memenuhi keperluan bisnes pengguna iaitu dengan menawarkan teknologi terkini dalam faktor bentuk jimat ruang. Ia dilengkapi skrin 23 inci yang memberi paparan jelas, boleh diselaraskan dan antaramuka multi sentuh. Dalaman pula dikuasai pemprosesan Intel Core i5/i3 berkuasa, memori DDR3, pilihan pemacu keras HDD atau SSD, pemain DVD terbina dan sambungan WiFi/Bluetooth.
Menawarkan pengalaman terbaik menaip siang dan malam, itu yang dikatakan tentang K800. Ini kerana anda boleh menaip dengan selesa meskipun pada persekitaran gelap bilik atau ruang pejabat. Cahaya belakang dan huruf ukiran lazer memudahkan anda melihat kekunci dan ia secara tidak langsung memberi gaya kepada stesen kerja anda.
DMC-TZ20 dilengkapi dengan 14.1 megapisel dan kanta pandangan sudut luas LEICA DC VARIO-ELMAR dengan 16xzoom optik. TZ20 mempunyai skrin LCD 3.0 inci lengkap dengan pengendalian sentuh (Touch Operation). Perakam filem HD penuh pada 1080p terdapat DMC-TZ20 dengan resolusi 1920x 1080 pixel. Model DMC-TZ20 juga didatangi dengan fungsi GPS yang membolehkan perlabelan geo (geo-tagging).
Tetikus tanpa wayar ini menggunakan teknologi XG No Lag yang memberikan pergerakan kursor paling lancar di samping menggunakan teknologi GlassRUN yang membolehkan tetikus digunakan pada sebarang permukaan. X7 menyediakan 5 mod pilihan untuk tetapan makro permainan dan boleh ditetapkan untuk berlainan aplikasi pejabat, lukisan atau permainan.
Samsung GALAXY Ace telefon pintar yang menggunakan Android 2.2 OS. Samsung GALAXY Ace direka untuk para pengguna muda yang mahukan kecanggihan. Telefon ini tiada bingkai dengan saiz yang kecil dan tipis memudahkan ia dipegang.
WAG120N adalah berciri Wireless-N (Draft 802, 11n) yang mempunyai empat port Ethernet (10/100Mbps) untuk disambung ke peranti berwayar. Peranti ini mempunyai ciri perkongsian internet tanpa wayar, percetakan tanpa wayar di samping berkongsi dokumen.
Motorola DEFY dikuasai oleh Adroid yang mempunyai bentuk tipis, skrin sesentuh penuh tahan calar dan kekisi yang kuat di luar. - powered devide from Motorola. DEFY mempunya skrin WVGA 3.7 inci dari sudut ke sudut membolehkan paparan laman web lebih bagus dengan keupayaan Adobe Flash Lite untuk paparan kandungan multimedia. DEFY juga menawarkan ciri Swype untuk lebih mudah menginput teks dengan pergerakan jari. Peranti ini menawarkan perkhidmatan Google seperti Google Search, Google Maps, Googl Maps dengan Navigation, Gmail dan Androis Market.
DMC-FT3 adalah untuk kegunaan aktiviti di luar dengan menggabungkan ciri-ciri hebat di dalam reka bentuk tahan lasak. Model baru 12.1-megapiksel DMC-FT3 mempunyai ketahanan lasak dengan fungsi kalis air sehingga 12m, kalis gegaran (shockproof) sehingga 2m, kalis habuk dan tahan sejuk sehingga -10 darjah Celsius.
Seagate GoFlex Home mudah disambung kepada 'router' tanpa wayar, untuk menjadikan penyimpanan data secara berpusat dan juga melindungi data tanpa wayar dari sistem pengoperasian Windows atau Mac OS X. Dengan peranti 'Go Flex Home', keluarga juga dapat berkongsi gambar, filem dan muzik daripada rangkaian yang bersambung dengan alat DLNA seperti 'game consoles' ataupun GoFlex TV HD media player, dari mana-mana bilik di rumah. GoFlex Home ditawarkan dalam kapasiti 1TB atau 2TB, sistem peranti 'GoFlexHome' dapat menjamin keselamatan memori digital yang penting bagi seisi keluarga.
Microsoft Lifecam Studio menawarkan imej kualiti yang tajam dan menarik dengan sensor True 1080p HD. LifeCam Studio telah dipertingkatkan dari segi optik, Auto Focus dan elemen gelas berkualiti tinggi. LifeCam Studio dan Windows Live Messenger 2011 adalah pasangan yang secocok dengan sokongan panggilan video HD dan perkongsian foto semasa berborak.
ViewSonic ViewPad 7 adalah peranti tablet komunikasi bersaiz 7 inci dengan fungsi-fungsi seperti telefon bimbit, komputer dan keupayaan permainan di mana keperluan kerja, gaya hidup dan hiburan bergabung. ViewPad 7 dikuasai Google Android 2.2 di mana anda boleh mancapai hingga 100,000+ aplikasi untuk digunakan bersama ViewPad 7. Pengguna ViewPad 7 boleh mencapai perkhidmatan seperti Android Market, Google Maps, Voice Search, Gmail Youtube, termasuk fungsi panggilan 3G video, navigasi GPS, pembesar suara, hiburan AV dan Documents-to-Go. ViewPad 7 berkeupayaan 3.5G HSDPA/HSUPA untuk memudahkan capaian web dan memeriksa e-mel.
Tunjukkan gambar dan gaya anda dengan kamera KODAK EASYSHARE TOUCH yang memaparkan ciri skrin LCD sesentuh 3 inci. Ia juga mempunyai bebutang khursus untuk rakaman video 720p HD yang boleh anda sunting dan kongsi menerusi kamera itu sendiri. Kamera EASYSHARE TOUCH ini juga mempunyai ciri penyusunan automatik menurut orang, tarikh, kata kunci dan video untuk carian mudah.
Sebagai peminat muzik, tentu anda mahukan bunyi terbaik ke mana pun anda pergi. Itulah yang ditawarkan oleh Logitech menerusi speker boleh cas terbaharunya. S715i ini merupakan speker mudah alih bagi pemain iPod dan iPhone serta dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 8 jam sekali cas.
HTC memperkenal telefon pintar saiz poket yang dilengkapi kamera lima megapiksel, skrin 3.2 inci, kefungsian Adroid 2.1 terkini, teknologi popular HTC Sense dan rekabentuk yang selesa dipegang. Pengguna juga mudah berhubung, di mana Friend Stream, Facebook, Twitter dan Flickr boleh dikemaskini dalam satu paparan yang sama.
Panasonic melancarkan kamkoder 3D amatur pertama di dunia dengan sistem 3MOS, lensa pemindahan 3D dan ciri inovatif untuk memudahkan rakaman meskipun bagi mereka yang baru belajar tentang videografi.
Lebih kecil dan mampu miliki, model terbaru iPod Shuffle ini boleh didapati pada harga RM179. Rekaan butang bulat Shuffle juga kembali dan kali ini ditambah dengan teknologi inovatif VoiceOver Apple serta Playlist yang membenarkan pengguna menavigasi serta beralih antara trek meskipun tanpa melihat pemain.
CF3D dikatakan projektor jenis kaca berkutub 3D pertama yang mampu menayang gambar HD penuh menerusi satu lensa tunggal. Dengan saiz tayangan imej maksimum 200 inci, ia juga menawarkan kadar keterangan 1250 ANSI lumen dan kontras 7,000:1 untuk paparan dan pengalaman sinematik menarik.
Pemain media popular daripada Apple ini didatangkan bersama sedikit pembaharuan iaitu antaramuka multi sentuh yang tentunya memberi perubahan kepada cara anda menikmati muzik. Anda boleh menavigasi koleksi muzik dengan hanya menyentuh atau melayangkan jari pada skrinnya, malah pemain ini juga mempunyai klip aluminium terbina untuk memudahkan anda memakai serta-merta.
Kad memori CompactFlash terbaru Kingston ini pula dikatakan serasi kamera digital SLR hujung jari. Dengan sokongan kapasiti besar UDMA Mod 6, kelajuan pantas sehingga 600x dan masa menulis serta membaca 90MB/sesaat, ia sesuai untuk rakaman berterusan atau yang memerlukan pecutan seperti dalam majlis perkahwinan atau sukan.
Generasi keempat WD Caviar Green ini pula menawarkan ciri pemacu yang lebih sejuk, senyap dan mesra alam. Ia didatangkan dalam kapasiti 2TB dan menggunakan tenaga rendah untuk beroperasi. Ia juga dikatakan terbaik dalam kelasnya dari segi kuasa menerusi gabungan teknologi GreenPower WD, pengurusan kuasa automatik, akustik rendah dan 100% bebas halogen.
Garmin-Asus mengumumkan keterdapatan A10 di pasaran Malaysia, telefon pintar yang direka bagi pengguna profesional atau mereka yang gemar 'berjalan'. Ia dikuasakan teknologi Android 2.1, skrin 3.2 inci multi sentuhan, 512MB RAM dan 512MB ROM, serta bateri 1500mAh untuk masa berbual dan penggunaan lebih lama.
Kingston mengumumkan HyperX H20, modul kit memori dua dan tiga saluran DDR3 dengan ciri unit penyejukan air. Menawarkan frekuensi sehingga 2133 MHz dan kapasiti 6GB, kit memori ini sesuai untuk kegunaan komputer kecekapan tinggi seperti permainan ekstrim dan dikatakan mampu beroperasi senyap serta memenuhi keperluan spesifik.